Sunday, September 2, 2012

Ikrar

Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar SMKBBD,
Dengan rela hati dan tulus ikhlas berikrar,
Akan belajar bersungguh-sungguh,
Mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah,
Menghormati guru-guru,
Dan mentaati kedua ibu-bapa kami,
Kami juga berjanji,
Akan menjaga kualiti sekolaah sepanjang masa,
Berusaha mencapai kecemerlangan diri,
Serta berbakti kepada agama,bangsa dan Negara.

Visi & Misi

Misi

  • Mengamalkan pengurusan berkualiti dalam semua bidang.
  • Melaksanakan aktiviti kurikulum yang efektif dan efisien.
  • Membentuk sahsiah murid yang seimbang daripada segi ilmu, iman dan amal.
  • Melahirkan murid yang berketerampilan dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmonis.
  • Mengukuhkan jalinan kolaboratif dengan komuniti sekitar

Visi

  • BUDIMAN sebagai Institusi Pendidikan Unggul dan Penjana Insan Berkualiti

Lagu Sekolah

[KUALITI SEPANJANG MASA]

Kualiti sepanjang masa,
Misi dan misi kami,
Harapan tinggi gemulang diri
Tentukan hasrat cita kami
SMK Bandar Baru Darulaman,
Sekolah kami sanjung tinggi,
Cinta kasih abadi kami,
Tetap segar sepanjang masa,
Disini ilmu dicari,
Disini segala dipelajari,
Kami tetapkan matlamat kami,
Kekal kualiti sepanjang hidup ini,
SMK Bandar Baru Darulaman
Kami junjung kami hargai,
Jasa guru bakti murni,
Janji tetap kami tunaikan,
Kualiti sepanjang masa

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman